Khamis, 14 Januari 2016

Kisah percutian ke Krabi oleh Haziq Iskandar


Di pantai barat selatan Thailand, tersembunyi permata yang amat indah. Krabi memukau pelancong dari segenap pelusuk dunia untuk ke pantai indah yang berpasir putih dan air laut yang begitu bersih lagi jernih. Dengan populasi lebih 25,000 orang, tempat pelancongan merupakan tarikan utama kami ke Krabi. 

Menaiki AirAsia AK 804
Untuk percutian keluarga pada kali ini, kami mengambil keputusan untuk mengadakan percutian ke krabi dan pulau-pulau di sekitarnya selain merasa sendiri pengalaman yang pelbagai di sana. Percutian ke Krabi kami bermula dengan menaiki penerbangan AirAsia AK 804 pada Selasa 23 November 2015.

Kapal terbang itu sepatutnya berlepas pada masanya tetapi jadi tergendala disebabkan oleh seorang penumpang Arab menaiki kapal terbang yang salah. Beliau sepatutnya menaiki penerbangan ke Jakarta yang berlepas pada masa yang sama. Peristiwa itu pasti ada hikmahnya walapun ia memakan masa kami lebih 20 minit lamanya.

Walau apa pun, mari mari focus kepada yang lebih ceria :) penerbangan kami akhirnya mendarat dengan selamatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi tepat pada masanya (selepas satu setengah jam) . Waktu itu adalah 02:00 petang waktu tempatan (masa di Krabi adalah 1 jam di belakang KL). Pemeriksaan imigresen telah berjalan dengan lancar dan pengumpulan bagasi juga serupa.


Saya membayar THB 600 (RM1 = THB10) untuk sebuah van mini untuk kami berlima ke Ao Nang. Pemandu van memandu agak begitu laju di lebuhraya yang tidak begitu hebat dan melihat pada sekitarnya saya boleh katakan ianya tidak banyak berbeza dengan apa yang kita ada di tempat sendiri. Pokok-pokok, rumah, rumah kedai, restoran, dan lain-lain, reka bentuknya adalah lebih kurang sama saja. Kami tidak merasa seperti di negara asing, tidak seperti ketika percutian kita di Bali atau di Bandung.

At last, sampai ke destinasi


Hotel kami
Setelah perjalanan selama 40 minit, kami akhirnya tiba di hotel yang kami tempah iaitu Ao Nang Sea Front Resort. Kami disambut dengan begitu mesra sekali oleh penyambut tetamu yang seolah-olah dia begitu gembira dengan kedatangan kami yang jauh dari KL. Seperti percutian  di Bali dulu, saya sudah awal book online “family room” walaupun ia tidak begitu besar seperti yang saya jangkakan.

Matlamat utama kami sepertimana yang dirancang awal lagi (tips ni dapat dari seorang kawan yang selalu ke sana) adalah untuk mencari kedai jahit . Baju jahit yang ditempah khas adalah begitu sinonim dengan saya kerana keselesaan bila memakainya. 

Kami pun melangkah masuk ke De’Escada, yang berhadapan dengan McDonalds (iaitu kira-kira 7 minit berjalan kaki dari hotel) dan mula membuat tempahan. Anda tak akan percaya yang harga untuk sehelai kemeja formal begitu murah sekali, iaitu THB 650, harga kain serta upah jahit! Kami menghabiskan masa hampir dua jam di sana dan kami diminta untuk ambil baju yang siap selepas 2 hari.


Ketika kami berjalan pulang balik ke hotel, kami telah didatangi oleh seorang “tour agent” percutian di krabi. Kami mulanya agak terkejut kerana dia menyambut kami dengan 'assalamualaikum'. Beliau memulakan “pitch” jualannya seperti jurujual yang biasa kita jumpa dan dalam ketika itu ada seorang mamat Australia ni (saya boleh mengenali dari loghat beliau) amat menggalakkan saya untuk mencubanya.


Beliau berkata dia amat berpuas hati dengan servis perlancongan yang diberikan oleh Barracudas Tour tu. Selepas dengar macam tu, saya pun teruja lalu bersetuju dan terus bayar untuk percutian ke empat pulau sekitar Krabi (THB1,800 untuk seisi keluarga) yang dijadualkan pada 25 November iaitu pada hari Khamis.

Jalan-jalan cari makan

Jam menunjukkan 06:30 petang dan hari sudah pun gelap setelah hujan sekejab (solat Maghrib di Krabi adalah pada jam 5.45 petang). Saya lihat anak-anak mula penat mungkin kelaparan kot, terus terlintas “Masa untuk makan malam” :) Tetapi, di mana untuk mendapatkan makanan Halal? 


Kami terus berjalan mencari tempat makan yang sesuai sehingga seorang lelaki ni memberi salam. Dia menjalankan restoran masakan Thai dan juga Itali dan yang seronoknya ia adalah - Halal (ada simbol bintang dan bulan sabit di pintu masuk restoran) dan pemilik restoran itu juga baik ditambah lagi kemesraannya yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. 

Jika anda pergi untuk percutian ke Krabi carilah tanda sebegini untuk memastikan ianya halal (macam jakim pun cop halal juga la). Setiap malam kami hanya menjamu makan malam di restoran La Casa ni. Tom yam untuk dua malam yang pertama, masyaAllah itu adalah tom yam asli yang terbaik saya pernah rasa selama ni, dan pada malam yang terakhir pula kami merasa masakan Itali.

Percutian ke Krabi (Hari ke-2) : The Pom dan Huay Toe

Pada hari yang ke-2, kami keluar awal dari hotel semata-mata untuk mencari sarapan pagi yang halal tetapi sayangnya tak jumpa di sekitar tu. Kemudian medekati kami seorang lelaki muda lalu memberi salam dan dia bertanya jika kami berkeinginan untuk pergi lawatan sekitar bandaraya tu. Oh ya, namanya Karim. Saya mula tertanya-tanya “ramai ke orang Islam kat sini?”

Karim menawarkan diri untuk membawa kami ke sebuah restoran halal terlebih dahulu untuk sarapan pagi sebelum kami meneruskan perjalanan “pakej percutian” beliau menaiki Toyota Vios dengan upah THB1,500. Kami tanpa berfikir panjang bersetuju dan pada mulanya menaiki "Tuk Tuk" untuk meninggalkan kami di restoran halal sementara Karim mendapatkan keretanya. Pemilik restoran tu berasal dari Pattani dan yang menjadikan ia lebih mudah bagi kami ialah kerana isteri saya kemudiannya terus bercakap dengannya dalam bahasa Kelantannya.

Selesai sahaja sarapan, Karim membawa kami ke The Pom untuk lawatan kawasan paya bakau dan dari situ kami menuju ke air terjun Huay Toe di mana anak-anak begitu seronok kerana dapat mandi-manda juga bermain dengan air.



Kami sampai semula di Ao Nang sekitar jam 3:00 petang dalam kelaparan, dan nasib baik ada stall burger dan pankek halal tak jauh dari hotel kami, dalam 50 meter. Selepas makan tengah hari dan siap solat, kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sepanjang jalan Ao Nang mencari cenderamata (sebenarnya agak sukar untuk menemui cenderamata berkenaan Krabi). Sama seperti di Arab Saudi dan Indonesia, kami terpaksa menggunakan semua skill tawar-menawar kami untuk mendapat harga yang berpatutan. Kami sekeluarga berjalan-jalan di Ao Nang hingga waktu Isyak.

Anak-anak dan isteri masuk tidur awal kerana mereka (termasuk saya!) tak sabar-sabar untuk melawat ke pulau-pulau pada hari berikutnya. 


Percutian ke Krabi (Hari ke-3) : Lawatan ke 4 pulau

Keesokkannya, kami telah dijemput oleh pemandu pelancong pada pukul 9 pagi, menaiki hilux untuk dibawa ke jeti untuk perjalanan ke pulau-pulau.


Sebelum berangkat, saya simpat tapau "nasi berlauk" dari seorang wanita Islam yang menjual di kawasan pantai untuk sarapan pagi. Kami semua terpaksa berjalan kaki untuk pergi ke bot dengan paras air laut tinggi lutut. Ia menjadi lebih sukar dengan keadaan anak-anak kecil ditambah lagi dengan set peralatan fotografi yang saya bawa.. Terdapat kira-kira tiga puluh orang termasuk kami berada di atas bot tu dan perjalanan pertama kami menuju ke Pulau Tup,

Pulau Tup dan Pulau Chicken

Pulau Tup terletak di sepanjang Koh Dham Kwan dan semasa air surut, laut dipisahkan oleh pasir dan batu kapur pantai dan kita boleh berjalan kaki di seberang pulau ke sebelah pulau yang lain. Air laut kelihatan begitu jelas dan ia sangat berwarna hijau. Apa yang anda lihat dalam gambar di bawah ni adalah senario sebenar jika anda sendiri yang melihatnya dengan mata kasar. Dan yang menambah lagi keseronokannya, anda sebenarnya tidak perlu berenang jauh dari pesisir pantai untuk snorkeling. Anda akan dapati pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni akan berenang ke arah anda apabila anda memasuki air. Saya benar-benar menikmati member makan ikan-ikan itu dan perasaan juga mereka menggigit tangan ketika ia merebut makanan dari saya.






Selepas satu jam di situ, kami menuju ke Pulau Chicken (ia dipanggil Pulau Chicken kerana ia kelihatan seperti ayam) untuk berenang dan terutamanya “mat saleh” semuanya menyelam di sana.. Kami rakyat Malaysia (sebilangan kecil dalam kumpulan itu) tidak ikut serta. Malah pemandu pelancong kami menyertai keseronokan menyelam juga. Kami juga makan tengah hari di sini (termasuk dalam pakej dan ia adalah halal kerana ia telah dijalankan oleh pengendali perlancongan Muslim).

Pulau Poda dan Pulau/Gua Paranang



Pulau Poda
Perhentian kami yang seterusnya adalah Pulau Poda dan sekali lagi pengalaman yang sama seperti yang di alami ketika di Pulau Tup dan Kepulauan Chicken. Kami hanya diberi masa 1 jam untuk snorkeling tetapi sebaik sahaja sampai, cuaca menjadi gelap dan angin bertiup agak kuat secara tiba-tiba. Semua orang berkejar balik ke bot dan hujan mula turun dengan lebat disertakan ribut petir serta kilat. Pemandu pelancong kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami iaitu, Gua/Pulau Phra Nang.

Sedang kami dalam perjalanan ke sana, kami hampir sesat (ini diakui sendiri oleh pemandi pelancong) kerana jarak penglihatan yang terbatas agak2 dalam 5 meter. Ombak bergelora agak kuat dan kami seperti dalam roller-coaster selama hampir 15 minit, bot turun naik, ke kiri ke kanan untuk kami sampai ke sana. 



Semua kami basah dan kesejukan sambil semuanya terduduk diam seketika macam ada malaikat yang lalu. Saya ketika itu hanya berdoa untuk keselamatan kami semua dan tidak dapat bayangkan jika bot itu terbalik.

Akhirnya, sampai juga kami ke Pulau/Gua Phranang dan hujan sampai sahaja di sana hujan mulai reda, saya dan ramai juga yang lain tidak turut keluar hanya duduk tinggal di atas bot.  Alhamdulillah, perjalanan pulang itu agak tenang dan kami tiba di Ao Nang kira-kira jam 3.30 petang. Memang pengalaman yang mengasyikkan, terutama untuk anak-anak saya.

Nak balik dah.... jumpa lagi Krabi
Nota: Perjalanan ke kepulauan tu telah mengajar saya betapa bergunanya kamera digital compact . Bagi saya adalah sukar untuk menggunakan DSLR di atas kapal seperti itu dan saya tidak galakkan sama sekali, nasib baik saya ada bawa kamera kecik tu.